Search

Kisah Pendakwah mati lemas?

Pada satu h...

  • Share this:

Kisah Pendakwah mati lemas?

Pada satu hari, selepas aku selesai bersolat asar di sebuah masjid…

(Ehem? Macam baik sangat aku ni solat asar berjemaahpun nak tulis kat FB huhuhu)

Akupun pergi ketuk satu pintu rumah hamba Allah dengan niat menghubungkan silaturahim, maka keluarlah seorang lelaki yang tidak pakai baju tapi pakai seluar, marah kerana datang berdakwah ke rumahnya, katanya, dia juga seorang pendakwah,

Aku berasa pelik.., apa tak boleh kah kita ajak orang yang minat bola tengok bola? Kan? So kalau betul dia pendakwah pun, tak salah jika bertemu dan berpisah kerana Allah.. Adohai..

Lalu katanya lagi, dia sekarang berdakwah melalui internet, lebih berkesan berdakwah melalui internet kerana ramai pembaca, satu post katanya, jumlah like mencecah ratusan orang, FB dakwah miliknya dah ada dua ribu follower (banyak tu?). Berdakwah dari rumah macam ni, lambat sebab 5 minit baru jumpa seorang, itupun belum tentu like. Katanya lagi.. Blog dakwah milik beliau juga ramai pembaca, ada 900 lebih follower..

900 Folower? Ramainya.., kata aku buat buat kagum, (woha!) ok fine, berdakwah melalui internet, tapi tak kanlah solat berjemaah pun kat internet bang?..

Aku tanya dalam hati sahajalah, baik! Abaikan cerita Bro itu kat situ, sangka baik, dia seorang OKU.

Apa aku nak cerita, ramai yang mengaku berdakwah, tapi tidak mampu amal apa yang mereka sampaikan, (termasuk jugak aku, adohai..)

Ramai orang share mesej dakwah dalam FB, ada yang siang malam wassapp tentang mesej dakwah tapi selamba lengahkan solat atau selamba tinggal solat berjemaah (hanya menyebut beberapa contoh)

Di sini, kita semua kena sedia maklum bahawa, kejayaan dakwah bukan di ukur dari berapa ramai orang yang ‘like’ kita, tapi kejayaan dakwah adalah apabila kita dapat amal apa yang kita sampaikan.

Firaun yang jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi Musa, akhirnya firaun tetap mati kapir, tapi Nabi Musa tetap termasuk orang yang berjaya kerana (aku ulang) kejayaan dakwah bukan di ukur dari berapa ramai orang yang ‘like’ kita, tapi kejayaan dakwah adalah apabila kita dapat amal apa yang kita sampaikan.

“Ok bang, saya setuju, kejayaan dakwah bukan di ukur dari berapa ramai orang yang ‘like’ kita, tapi kejayaan dakwah adalah apabila kita dapat amal apa yang kita sampaikan…, Tapi bang, saya hari-hari berdakwah tapi kenapa diri sendiri tak dapat amal apa yang saya sampaikan? Tak macam Nabi Musa? Kenapa bang?”

(Tiba tiba jer muncul dalam minda emej bro tak pakai baju tapi pakai seluar seolah bertanya soalan susulan)

Aku diam sekejap, pajam mata mencari ilham sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, sehinggalah tak lama kemudian, dahi aku mulai berpeluh.., ketiak akupun berpeluh jugak, rupanya aku lupa on kipas.

Ok, serius sikit.

Pada pendapat aku yang hina, masalah pendakwah di internet yang bersemangat share itu ini di IG atau FB tapi lemah dalam ibadat adalah kerana..

Masalah tak ikut “tertib dalam agama”,

Kita sedia maklum, solat ada tertib Nabi, jika tak ikut tertib Nabi dalam bersolat maka solat menjadi tidak sah walaupun sujud seratus kali sampai koyak sejadah atau lebam dahi macam lutut kambing!, (rujuk rukun 13)

Puasapun ada tertib Nabi, tak akan sah puasa jika tak ikut tertib Nabi, and go on, so, begitu juga dakwah, ada tertib yang ditunjukan oleh Nabi kita,

Tapi kita dalam bab ibadat lain memang pandai ikut tertib Nabi, tapi dalam bab dakwah kita guna tertib nafsu sendiri, itu yang jadi masalah..

Orang Wahabi yang mengaku paling ikut Nabi pun tak berdakwah macam Nabi.

Maka wujudlah orang yang mampu berdakwah dengan share dan tulis macam macam ilmu so call islamik, tapi bila azan berkumandang, nak solat awal waktupun rasa malas.. hampeh!

Kekeliruan ini terjadi kerana berdakwah tak ikut tertib Nabi…

(Aku tak kata salah korang nak berdakwah guna internet, tapi yang salah jika tinggal tertib dakwah yang asal dan guna internet semata-mata.., lainlah korang lumpuh atau kurang upaya, ni sihat jer aku tengok, susah jugak tu. Adohai..)

Sebab tu aku (ehem, ehem) walaupun ada follower di blog ribu ribu, follower di FB cecah ratus ribu, ada lagu dakwah di youtube, ada sepuluh buah buku ala ala islamik siap terbitan Tarbiah Sentap lagi, dan macam macam lagi produk.. tapi bila ustaz ajak berdakwah rumah ke rumah macam Nabi(ghast), aku paksa diri untuk ikut, bila ustaz suruh aku ceramah di masjid, aku tekan nafsu dan bagi ceramah(bayan), bila azan berkumandang, aku tinggal FB dan IG dan menuju ke masjid.(Macam lah baik sangat aku ni solat berjemaah dan dakwah rumah ke rumahpun nak tulis kat FB- adohai...)

Jadi, fahamilah bahawa, dakwah juga sama macam ibadat lain, ada tertib dan sunnah masing masing, mana boleh semborono hentam kromo dan perasan sudah sempurna dalam berdakwah?. adohai..

Dakwah yang korang buat di internet ni adalah termasuk dakwah infradi, (tak salah pun) macam Nabi tolong bilal kisar gandum, itupun dakwah.., tapi korang tak boleh jadikan cara ‘tolong orang kisar gandum’ sebagai scope dakwah korang semata mata.., itu dah langgar tertib, sebab tu ada waktu nabi berdakwah jumpa orang dari rumah ke rumah, ada waktu Nabi bagi ceramah, ada waktu Nabi berhijrah, ada waktu Nabi suap makan pada orang yang kutuk dia, semua itu ada tertib tertib yang korang kena faham betul betul, bukan asal share sahaja dah mengaku pendakwah agung..

Sedarlah kita bahawa, orang yang berdakwah tak ikut tertib, sekali tengok, nampak macam bagus dengan semangat mereka yang membara tapi kesannya tak sama,

Mereka di ibaratkan seperti orang yang lemas di bandingkan dengan orang yang berenang, yang mana orang lemas pun menggerakkan tangan dan kaki, orang berenangpun menggerakkan tangan dan kaki, malahan orang lemas, pergerakan tangan dan kaki mereka dalam air lebih cepat dan kuat dari pergerakan tangan dan kaki orang yang berenang, tapi beza besar adalah, mereka mati lemas, manakala mereka yang menggerakkan tangan dan kaki mengikut TERTIB, tak tenggelam dan mampu selamatkan orang lain pula yang berada dekat dengan mereka.

Jadi berdakwahpun ada tertib Nabi bang, tak boleh nak berdakwah guna nafsu sendiri, Berdakwahlah dengan mujahadah seperti yang diceritakan dalam Al quran akan perihal Nabi dan Rasul berdakwah.., ker guaner? Napok! (pinjam trademark UAI)

Akhir kata, jangan perasan diri kuat berdakwah jika tak ikut tertib Nabi, sebab korang ibarat orang lemas, kuat melibas tangan dan kaki, tapi makin tenggelam.., adohai..

Sampai sini sahaja abang keretemayat membebel, sebab hujan makin lebat kat luar sana, dan paras air semakin naik mencecah buku lali, abang nak alih keretamayat takut terendam dalam banjir. (di tulis waktu hujan lebat masa musim tengkujuh hari tu)

Alamak, kat luar air dah makin dalam?, Alhamdulillah, abang tahu tertib berenang…, insyaAllah

Sekian..

Ps: Aku mungkin pandai ‘berenang’, tapi nak selamatkan orang lemas, mungkin aku tak mampu, Nampak sangat aku kena belajar tertib ‘berenang’ dengan lebih gigih dengan cara keluar jauh jauh dan lama lama, Insya-Allah.. pesan pada diri sendiri.

Ps2: Menulislah dengan niat sebagai nota agama untuk dirujuk DIRI SENDIRI, jika kita salah tulis, ada orang datang tegur, mereka akan dapat pahala, dan jika betul apa yang ditulis kita, orang lain pun mendapat manfaat, kita pula dapat pahala.

Ps3: Janganlah korang berputus asa dalam usaha menyelamatkan manusia kerana syaitan tidak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia, berdakwahlah dengan hikmah dan lemah lembut, sehingga ugama tersebar atau kami terkorban! Chewah..

Ps4: Jika berdakwah di internet, tak payah nak kecoh sangat bang, ini agak deep, sila take note. adohai.


Tags:

About author
not provided
Seorang penulis, penjual buku, pengarang Tanjak, Youtuber dan pemujuk orang merajuk-Woha!
View all posts